| Teluk Batik. |
| Marina Waterpark dan Marina Island. |
Pernahkah anda ke Teluk Batik, Marina Island, Lumut, Seri Manjung atau ke Pulau Pangkor di Perak? Bagi mereka yang pertama kali berkunjung atau yang belum pernah menjejak kaki ke sini, anda perlu tahu sedikit sebanyak sejarah ringkas daerah ini.
Semua tempat-tempat ini sebenarnya terletak di Daerah Manjung yang dulunya dikenali sebagai Dindings, sebuah kawasan yang termasuk di dalam pentadbiran Negeri-negri Selat (Straits Settlements) yang terletak di bawah pengaruh British. Daerah ini hanya diserahkan kembali kepada Kerajaan Perak ketika di bawah pentadbiran Sultan Perak, Sultan Iskandar Shah melalui satu perjanjian pada 6 Jun 1934.
Satu upacara penurunan bendera Union Jack dan pengembalian daerah ini (Retrocession of Dindings) kepada Kerajaan Perak telah diadakan di Pekan Lumut secara gilang gemilang pada 16 Februari, 1935 di bawah pengawasan pentadbir daerah ketika itu, Orang Besar Jajahan Dindings, YM Raja Shahriman Raja Abdul Hamid. Sempadan daerah ini menjadi bertambah luas dengan kemasukan Daerah Bruas ke dalam Daerah Dindings sempena peristiwa ini. Nama Daerah Dindings ini ditukarkan kepada Manjung secara rasminya pada tahun 1973, ketika di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Kamaruddin Mohd Isa.
| Pemandangan jeti dan Pekan Lumut dari udara. |
No comments:
Post a Comment