Sunday, 8 January 2012

Melangkah ke pertengahan Januari 2012 ini, terkenang satu peristiwa menarik yang berlaku kira-kira 35 tahun lalu. Ketika belajar di Tingkatan 4, guru Sejarah membawa kami melawat Pulau Pangkor. Masih segar dalam ingatan peristiwa yang berlaku pada tahun 1977 itu.

Daerah Manjung yang dikenali dengan Dindings ketika itu masih lagi sunyi dan kurang pembangunannya. Suasana sepi ketika bas mula sampai ke Pekan Lumut kira-kira jam 8 pagi, di hari tersebut. Rasa lega juga kerana semalaman kami berada di atas bas setelah bertolak lebih kurang jam 10.00 malam dari Pekan Kodiang, Bayangkan perjalanan dari Bukit Berapit ke Lumut ketika itu.

Apa yang masih saya ingat, Pengkalan TLDM masih rancak di dalam pembinaan ketika itu. Dari atas feri saya sangat teruja mendengar cerita daripada bapa saudara yang tinggal di Lekir. Dia orang Perlis dan bekerja untuk syarikat B&L, salah sebuah syarikat Jepun yang ditawarkan oleh Kementerian Pertahanan untuk membina pengkalan baru bagi TLDM untuk menggantikan pengkalan di Woodlands, Singapura. Ketika itu saya menggaru-garu kepala bila beliau menyebut cara pembinaan bangunan di pengkalan ini banyak menggunakan 'precast system'- bangunan tinggi2 tu cuma pakai gam...!!! Baik betul... Tangga, dinding, lantai...dibawa naik sekeping-sekeping menggunakan crane..semuanya dicantumkan, setingkat demi setingkat.  Rupanya 20, 30 tahun kemuadian sistem ini sudah menjadi kebiasaan dalam pembinaan bangunan di negara kita.

Kami di bawa melawat Kota Belanda, dikatakan sebuah tempat sejarah menarik di Dindings dan Pulau Pangkor selain daripada tapak kerajaan Gangga Negara di Bruas. Apa yang difahami kuasa-kuasa Barat ini menganggap Pulau Pangkor sangat penting untuk menjadi pusat pengawalan aktiviti lanun yang mengganggu perdagangan dan aktiviti maritim di perairan Selat Melaka ketika itu. Dikatakan jong, perahu atau kapal yang belayar melalui kawasan ini pada waktu itu pasti akan terancam dengan kegiatan lamun. 137 tahun lalu juga berlaku Perjanjian Pangkor (Pangkor Treaty) yang ternyata menjadi detik awal perubahan lanskap politik dan pentadbiran di Perak dan di negeri-negeri Melayu lainnya selepas itu. Kita mula dijajah dan berada di bawah pentadbiran dan birokrasi Barat sehinggalah kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957

Dalam abad ke 17, 18 dan 19, perairan di sekitar Dindings ini dikatakan sangat 'maju' dalam kegiatan pelanunan. Bukan sahaja orang asing yang datang dari serata nusantara, pembesar-pembesar tempatan juga dikatakan mempunyai peranan penting dalam kegiatan pelanunan ini. Sejalur tanah daratan dari Bukit Segari hingga ke Pulau Katak termasuk Pulau Pangkor dikatakan menjadi sarang persembunyian lanun.

Dari buku-buku sejarah lama difahamkan kuasa Barat khususnya British meletakkan daerah ini di bawah pentadbiran Strait Settlement bukan bertujuan untuk memajukannya tetapi hanya ingin memudahkan pengawalan aktiviti pelanunan. Kuala Sepetang (Port Weld) dan Teluk Intan (Teluk Anson) sudah memadai bagi British untuk memudahkan pemunggahan hasil bijih timah di keluarkan dari bumi Perak ketika itu. Walaupun cadangan untuk membina laluan keretapi dari Batu Gajah ke Lumut, telah dimajukan oleh pegawai-pegawai British di Perak, namun ianya tidak dapat dilaksanakan kerana kos yang lebih tinggi dan tidak ekonomik berbanding laluan  Batu Gajah ke Telok Anson.

Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa satu ketika dulu sebelum tahun 1888, pentadbiran daerah ini berpusat di Pulau Pangkor. Pada tahun 1888, pusat pentadbiran ini telah berpindah ke Pekan  Lumut yang juga dikanali sebagai Tanah Merah. Pada awal-awal penubuhan kerajaan Negeri Perak, kemajuan kawasan ini dikatakan berpusat di Kuala Sepit (Segari yang bertentangan dengan Pekan Lumut) yang dimajukan oleh seorang tokoh maritim Nakhoda Muhamad Taib. Begitu juga sebuah lagi pusat pentadbiran wujud di Kg Sitiawan dengan adanya bangunan-bangunan kerajaan dan sebuah jeti yang digunakan untuk kemajuan perdagangan daerah ini. Pelabuhan ini dikenali sebagai Mena Jetty.
Hanya pada tahun 1918, kerajaan British di Perak memindahkan pusat pentadbiran di Kg. Sitiawan ini ke Pekan Simpang Ampat, iaitu nama Pekan Sitiawan sekarang. Dengan perpindahan itu,  pusat pentadbiran dan pengurusan kini banyak tertumpu ke Lumut dan Sitiawan. Hanya di awal tahun 1980-an daerah ini kembali dibangunkan dengan rancak dengan adanya pembangunan Bandar baru Seri manjung dan Pengkalan TLDM Lumut digunakan sepenuhnya.

Kini Daerah Manjung, Lumut dan Pulau Pangkor menjadi sebutan dibibir pelancong tempatan dan asing. Daerah yang dikenali sebagai Bandar Perlancongan dan Maritim ini membangun dengan pantas. Apatah lagi daerah ini telah melahirkan tokoh-tokoh yang kini memegang jawatan penting di dalam kerajaan yang sentiasa merancang dan melaksanakan kemajuan untuk kepentingan rakyat daerah ini. Dua tokoh ini ialah Dato' Kong Cho Ha, Ahli Parlimen Lumut merangkap Menteri Pengangkutan dan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir, juga merupakan ADUN Pangkor.  Kedua mereka merupakan gandingan mantap bagi memastikan daerah ini akan terus maju di maesa hadapan.

Pusat pertumbuhan baru kawasam ini  adalah Pelabuhan Lumut (Lumut Port) dan Kawasan Perindustrian Kg Acheh. Ia merupakan kawasan industri yang berkaitan dengan perkapalan, oil and gas serta industri pembuatan yang lain. Daerah ini juga terkenal dengan pengeluaran dan pembekalan tenaga negara yang terdapat di Teluk Rubiah dan Segari....Ok, jumpa lagi dilain kisah pula....Moga Manjung tetap menjadi aman dan permai..

Saturday, 17 December 2011

Jalan-jalan cari makan di Manjung...

Bila anda berkunjung ke Daerah Manjung tentu anda teringatkan resipi makanan laut yang enak, segar dan menyelerakan. Di mana anda boleh mendapatkannya?..Salah satu tempat yang akan menepati selera anda ialah Horizon Garden Seri Manjung  Restaurant. Makanan laut masakan 'oriental' yang terdapat di sini pasti tidak menghampakan anda...

Horizon Garden Seri Manjung Restaurant


Acara menarik hujung minggu ini....



Manjung sentiasa memartabatkan warisan budaya bangsa..
Marilah sama-sama kita menyemarakkan agenda ini...

Hari ini dalam sejarah : 20 Januari 1874





Peristiwa: Perjanjian Pangkor 1874...kira-kira 137 tahun yang lalu
Tempat: Di atas sebuah kapal wap British; HMS Pluto yang berlabuh di luar pantai Pulau Pangkor
Individu yang terlibat menandatangani perjanjian:
- British : Gabenur Negeri-negeri Selat, Sir Andrew Clarke
- Kerajaan Perak: Sultan Abdullah Muhammad Shah II
- Chin Ah Yam, Ketua Kongsi Gelap China, Go-Kuan (Ghee Hin)
- Chung Keng Quee, Ketua Kongsi Gelap China, Si-Kuan (Hai San)
Sebab-sebab berlakunya perjanjian: Keamanan dan ketenteraman tidak terkawal akibat Perang Larut yang berlarutan selama 12 tahun di Larut (Taiping), kegiatan pelanunan di Selat Melaka serta pergolakan politik akibat perebutan takhta oleh 3 orang pembesar Melayu Perak
Sebab-sebab segera: Atas permintaan Raja Abdullah yang menulis sepucuk surat kepada pihak British di Singapura pada 30 Disember 1873, untuk campurtangan segera oleh pihak British.


Wednesday, 14 December 2011

Keunikan Lumut & Pangkor

Teluk Batik.

Marina Waterpark dan Marina Island.


Pernahkah anda ke Teluk Batik, Marina Island, Lumut, Seri Manjung atau ke Pulau Pangkor di Perak? Bagi mereka yang pertama kali berkunjung atau yang belum pernah menjejak kaki ke sini, anda perlu tahu sedikit sebanyak sejarah ringkas daerah ini. 


Semua tempat-tempat ini sebenarnya terletak di Daerah Manjung yang dulunya dikenali sebagai Dindings, sebuah kawasan yang termasuk di dalam pentadbiran Negeri-negri Selat (Straits Settlements) yang terletak di bawah pengaruh British. Daerah ini hanya diserahkan kembali kepada Kerajaan Perak ketika di bawah pentadbiran Sultan Perak,  Sultan Iskandar Shah melalui satu perjanjian pada 6 Jun 1934. 


Satu upacara penurunan bendera Union Jack dan pengembalian daerah ini (Retrocession of Dindings) kepada Kerajaan Perak telah diadakan di Pekan Lumut secara gilang gemilang pada 16 Februari, 1935 di bawah pengawasan pentadbir daerah ketika itu, Orang Besar Jajahan Dindings, YM Raja Shahriman Raja Abdul Hamid. Sempadan daerah ini menjadi bertambah luas dengan kemasukan Daerah Bruas ke dalam Daerah Dindings sempena peristiwa ini. Nama Daerah Dindings ini ditukarkan kepada Manjung secara rasminya pada tahun 1973, ketika di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Kamaruddin Mohd Isa.


Pemandangan jeti dan Pekan Lumut dari udara.