Saturday, 17 December 2011

Jalan-jalan cari makan di Manjung...

Bila anda berkunjung ke Daerah Manjung tentu anda teringatkan resipi makanan laut yang enak, segar dan menyelerakan. Di mana anda boleh mendapatkannya?..Salah satu tempat yang akan menepati selera anda ialah Horizon Garden Seri Manjung  Restaurant. Makanan laut masakan 'oriental' yang terdapat di sini pasti tidak menghampakan anda...

Horizon Garden Seri Manjung Restaurant


Acara menarik hujung minggu ini....



Manjung sentiasa memartabatkan warisan budaya bangsa..
Marilah sama-sama kita menyemarakkan agenda ini...

Hari ini dalam sejarah : 20 Januari 1874





Peristiwa: Perjanjian Pangkor 1874...kira-kira 137 tahun yang lalu
Tempat: Di atas sebuah kapal wap British; HMS Pluto yang berlabuh di luar pantai Pulau Pangkor
Individu yang terlibat menandatangani perjanjian:
- British : Gabenur Negeri-negeri Selat, Sir Andrew Clarke
- Kerajaan Perak: Sultan Abdullah Muhammad Shah II
- Chin Ah Yam, Ketua Kongsi Gelap China, Go-Kuan (Ghee Hin)
- Chung Keng Quee, Ketua Kongsi Gelap China, Si-Kuan (Hai San)
Sebab-sebab berlakunya perjanjian: Keamanan dan ketenteraman tidak terkawal akibat Perang Larut yang berlarutan selama 12 tahun di Larut (Taiping), kegiatan pelanunan di Selat Melaka serta pergolakan politik akibat perebutan takhta oleh 3 orang pembesar Melayu Perak
Sebab-sebab segera: Atas permintaan Raja Abdullah yang menulis sepucuk surat kepada pihak British di Singapura pada 30 Disember 1873, untuk campurtangan segera oleh pihak British.


Wednesday, 14 December 2011

Keunikan Lumut & Pangkor

Teluk Batik.

Marina Waterpark dan Marina Island.


Pernahkah anda ke Teluk Batik, Marina Island, Lumut, Seri Manjung atau ke Pulau Pangkor di Perak? Bagi mereka yang pertama kali berkunjung atau yang belum pernah menjejak kaki ke sini, anda perlu tahu sedikit sebanyak sejarah ringkas daerah ini. 


Semua tempat-tempat ini sebenarnya terletak di Daerah Manjung yang dulunya dikenali sebagai Dindings, sebuah kawasan yang termasuk di dalam pentadbiran Negeri-negri Selat (Straits Settlements) yang terletak di bawah pengaruh British. Daerah ini hanya diserahkan kembali kepada Kerajaan Perak ketika di bawah pentadbiran Sultan Perak,  Sultan Iskandar Shah melalui satu perjanjian pada 6 Jun 1934. 


Satu upacara penurunan bendera Union Jack dan pengembalian daerah ini (Retrocession of Dindings) kepada Kerajaan Perak telah diadakan di Pekan Lumut secara gilang gemilang pada 16 Februari, 1935 di bawah pengawasan pentadbir daerah ketika itu, Orang Besar Jajahan Dindings, YM Raja Shahriman Raja Abdul Hamid. Sempadan daerah ini menjadi bertambah luas dengan kemasukan Daerah Bruas ke dalam Daerah Dindings sempena peristiwa ini. Nama Daerah Dindings ini ditukarkan kepada Manjung secara rasminya pada tahun 1973, ketika di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Kamaruddin Mohd Isa.


Pemandangan jeti dan Pekan Lumut dari udara.